Sunday, August 15, 2010

.:: Aku dan The Subjects ::.


Berada keseorangan di ofis, buatkan aku terfikir banyak perkara termasuk diari aku yg dah brape lama tak update akibat dari calendar meja aku yg suka sgt bergerak sndiri. Tarikh hari ni pun tak ingt, pastu ape yg jadi 2 3 bulan kebelakangan ni pun aku tak ingt. Geram tol..Slalunye aku akan catat secara ringkas di calendar meja aku. Tapi ada kelompok parasit yg suka sgt belek calendar aku (mcm takdak calendar lain dlm dunia ni), kadang2 tu taktau ke mane peginya. Jadi aku simpan aje calender skali dgn diari aku tu..hahaha..padan muka..suma tak dpt tgk, termasuk diri aku sndiri..hahahha...Hilang 2 bulan aku tahun ni..Cissss...

Entry kali ni bukan la pasal calender meja aku yg ilang ntah ke mane..saje je teringt nak merungut. Merungut kuat2 kang, hilang pahala puasa den, merungut dlm blog aje la. Untung nasib ada la sorang baca. Ok la tu..kan..hehhehehe..ok..truskan dgn niat sebenar..

Selama hampir 27 tahun ni, aku kenali ramai lelaki dan perempuan yg bnyak mengajar aku erti kehidupan sebenarnya. Dalam aku diam2 buat keje kat ofis ni, teringat la kawan2 lama, yg kini sudah pun bertapak dgn kehidupan baru. Aku? masih di sini, menjadi seorg yg setia pada keadaan. Hahahaha...Kali ni biar aku mulakan dgn kawan lelaki. Bukan ape, mereka ini yg bnyak bg aku pengalaman yg tak pernah aku dpt melalui kawan perempuan. Pengalaman kehidupan ok, bukan pengalaman sosial. Harap maklum....Jom aku perkenalkan satu per satu..

Subject A: ** Ncik A ** Mamat ni smpai skarang aku taktau ape status hubungan aku dgn dia. 4 tahun yg aku rasa sia-sia sbb ego dia yg tinggi. Nak kata ego aku tak jugak la, sbb aku dah puas memujuk, tapi dia dok nmpk bekas isteri dia lagi. Jadi..Allahualam la. Hati ni, smpai skarang masih pada dia. He's sweet, suka karaoke, punye idea yg bernas (aku suka tukar2 fikiran dgn dia dan slalu minta pendapat), memandangkan dia pernah berkawin, jadi sedikit sebanyak dia tau membimbing aku tentang kehidupan. Namun, sedikit kekurangan, susah sgt nak terima pendapat org, lagaknye hanya kerana dia sudah punye bnyak pengalaman hidup. Kerana pernah merasa susah tentang kehidupan, dia bnyak berhati2 dlm setiap tindak tanduknya.. pandai memasak, pandai menyanyi dan pndai jugak menganyam ketupat. Hehehee..Dalam ramai2, dialah yg paling good looking. Walaupun dah nmpk garis2 muka yg sudah berusia. Aku rindu betul pada mamat tu. Hingga saat ni, tiada lelaki yg bleh tandingi dia.

Subject B: ** Ncik Z ** Seorg lelaki yg pada pendapat peribadi aku, dialah yg terbaik. Tinggi, berkulit cerah, tak handsome pun, pandai bergurau dan amik hati aku. Yang paling buat aku rasa senang hati ialah rajin bersolat. Tak pernah miss Asar setiap kali kluar dgn aku. Sejuk hati mak mentua kata org dulu2..hahhahaa..(ada ke org dulu2 ckp cmtu). Rasanye seorg yg tenang, susah nak marah, sentiasa senyum dan suka bebel jugak la agaknye. Tapi pendek kata, klu jodoh aku dgn dia, aku kira trima la..Tapi malangnye time tu aku ada My so Called BF (MSCBf), jadi terpksa menjadi kawan saje antara kami. Lagi malang bile MSCBf dah takde, dia plak dah berkawin dgn org kampung dia sndiri. Plihan keluarga katanye. Alhamdulillah. Satu kampung, bile raya takyah susah2 nak gaduh..hahahhaa..Dan skarang ni tgh menunggu kelahiran cahaya mata yg pertama. Mesti botak mcm dia jugak..kehkehkeh...Aku tumpang bahagia.

Subject C: ** Ncik R ** Aku kenal dlm chatroom. Budak Terengganu. Nice, tall and funny too..Tak handsome jugak..tapi ada la manisnya, yg aku sndiri taktau kat mane letak manisnya tu. hahahaha..Tapi blur la mamat ni, susah tol nak communicate. tapi senang diajak bergurau. Rajin solat jugak. Tak merokok, kira pnjang umo la nnti. Tapi punye tanggungjawab yg berat jaga adik bradik yg ramai kat kampung nun. Yg paling tak sangka, bile aku pindah keje di Alor Star, kitaorg bekerja di satu tmpat yg sama. Setahun la jugak sebelum dia posting ke Kuching. I like him, tapi bukan smpai tahap nak bercinta la. Suka sesama kawan je. Now, dia dah ada GF, alhamdulillah. Tapi jauh la gf pun kat Perlis nun. hahahhaa..Nasib ko la...

Subject D: ** Ncik D ** Dalam huru hara hubungan aku dgn Subject A a.k.a MSCBf tu, aku kenal mamat ni, dia suh repair pc kawan dia. Start dari situ kitaorg berkawan. Tak handsome gak, huhuuh..tapi seorg yg tegas, garang, kadang2 tu strict dgn aku, tapi dia baik hati. Awal perkenalan, hubungan kami tidak la begitu baik, memandangkan time tu dia ada awek, eksyen tu ada la. Tak tinggi, tak jugak pendek orgnya. Sama tggi aku la, lebih kurang jerk ar..Since dia putus dgn awek dia tu (aku tktau la betul ke tak dia putus kan) kitaorg jadi lagi akrab la..Lebih senang declare as best friends, kitaorg share masalah, cerita, dan jugak telephone bills. Huhuhuh..Kalau org ckp kawan baik, dah tentu takde org percaya, tapi itulah hakikatnye. Even savings aku pun dia yg handle, begitu skali jujurnye mamat Ipoh ni, tapi skarang tgh berkhidmat di Kuantan. Chewah..Poyo je..

Subject E: ** Ncik F ** Dalam dok sibuk dgn perkara lain, ada org passkan no fon aku pada mamat ni. Org Setiu, mak dia ada bukak bakery. jadi jgn haraplah nak tackle hati dia dgn coklat kek dan yg sewaktu dgn nya. Punye muka yg serius, tapi bile senyum, pergghhhhh...takyah pakai gula lagi la..putih dan kurus kering. Dari segi penampilan slepas waktu keje, memang sempoi..tak mcm setengah lelaki yg pentingkan penampilan. Pada dia jnji bersih dan kemas. Dulu pakai kancil, sebelum tukar ke Honda City color gold. perghh..bergaya..Diam2 ubi berisi..Skarang dia bertugas kat Kuantan, skali lagi...takde jodoh antara kami.

Subject F: ** Ncik K ** Ini punye org, mengingatkan aku, betapa aku tidak menyokong poligami. Sebab dia, aku kini yakin, bahawa dalam dunia ni, takde sapa bleh pengaruh hati kita, kalau kita tak izinkan. Sudah berkahwin dan punye seorg puteri yg comel. Asal dari Pahang, tinggi, personally not up to my expectation. Kecian wife dia, ada lelaki camtu. Tak faham aku. Tapi takpe, adanye org mcm aku ni, InsyaAllah selamat la rumahtangga lelaki yg sudah berkahwin. Hahahahah..Aku kan wanita yg tidak menyokong poligami tak bertempat. Hehehehe...

Ok, cukup buat masa ni, 6 org je dulu..Kalau ada lagi yg aku tercicir, aku akan edit entry ni. Alhamdullillah, dapat jugak berkongsi sedikit tentang life aku dlm blog ni. Salam Ramadhan..

5 comments:

GOOGLE-PH said...

nice blog, and good design, google-ph loves you

ati shariffuddin said...

byk tu pngalaman... bole wat tmpt rujuk ni..:)

-HanaMichi- said...

salam..
panjangnye entry.. :)
tp pasal ncik A tu, wa pon ade kenal sorg mcm tu..n still hati pade dia..sad T__T

akiraqeela said...

wahhh. yg A tu kan, kalau dye asyik tgk bekas isteri dye, mcmane awak nk dgn dye?

susah tu. you have to work on

kopie biru said...

Google PH: thank u very much..really appreciate it..

atieshariffuddin: tempat merujuk pun bleh, tempat melingkup pun bleh..hehehe..tak kisah, nak berkongsi cerita ape salahnye..

-HanaMichi-: salam..rasanye itu cinta pertama kot..tu yg kite masih mengharap pada dia lagi..

qielaaa: terpaksa mengalah la..sbb dah ada anak..katanye ntuk kebahagiaan anak2 dia..ok la tu..moga Tuhan bagi kite yg lebih baik la kan..

Guys, Thank u so much sbb response